BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Glitter Text

Monday 15 June 2009

PENGATAHUAN AM

Lagu KRS
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja, sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja, hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati, dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah



Lagu Kadet Remaja Sekolah - Kadet Remaja Sekolah


Tujuan KRS dan TKRS ditubuhkan:
  • Membentuk generasi pelajar yang menjwaisemangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
  • Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berasaskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
  • Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.
  • Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
  • Membina generasi pelajar patriotik yang menjwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.
  • Melahirkan generasi pelajar patriotik yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

Pengertian Logo
  • Logo KRSPerisai melamgangkan bentang ketahanan diri daripada gejala tidak sihat
  • Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia
  • Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan diri serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
  • Buku yang terbuka dan renal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
  • Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
  • Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
  • Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.





Cogan Kata KRS 'ILMU IMAN AMAL'

a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.

b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.

c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

Warna Hijau melambangkan

a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.

b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.

Keahlian


  • Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan batuan kerajaan.
  • Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara pertama.
  • KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan.
  • Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas.
Keadaan di mana seseorang ahli KRS perlu memakai uniform KRS
- Ujian KRS
- Majlis agung KRS
- Perkhemahan KRS
- Duti KRS
- Pertandingan KRS
- Majlis Pentauliahan pangkat

Perbezaan antara Pakaian Lengkap Latihan dan Pakaian Lengkap Rasmi :

PLR dilengkapkan dengan mafla, sarung tangan dan jambul merah(hackle) manakala PPL tidak ada 3 aksesori itu.

Jenis dan kesesuaian pakaian seragam KRS
- Terdapat 4 jenis pakaian seragam KRS
1-pakaian istiadat
2-pakaian
3-pakaian pejabat
4-pakaian rasmi/aktiviti
- Pakaian seragam yang dibiasa oleh ahli KRS ialah baju no. 4