BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Glitter Text

Tuesday 11 August 2009

KURSUS PEGAWAI WARAN NEGERI PERAK 2009

03-06 ogos telah berlansung kursus kenaikan Pangkat Pegawai Waran negeri Perak. Seramai 195 pelajar menyertainya. Kursus yang telah diatur di Hutan Rekreasi Lata Guar,Manong terpaksa di pindahkan ke Pusat Latihan Kadet Remaja Sekolah Negeri Perak (PULARES) atas sebab-sebab yang tertentu.Ujian untuk kenaikan pangkat Pegawai Waran ialah kawad kaki, ikatan & simpulan,pengucapan awam, hafazan, bantu mula, kompas & orienteering, ikhtiar hidup, keusahawanan, ujian bertulis dan kecergasan. Hanya kadet yang benar-benar layak dan melepasi setiap ujian dengan cemerlang sahaja yang akan dikurniakan pangkat Pegawai Waran.




Kaunter PendaftaranKaunter Pendaftaran

Ketibaan pelajar dan guru disambut dengan pemeriksaan kesihatan,mereka yang lebih dari 38 darjah celsius telah dihantar pulang.Daerah Kerian dan Hulu Perak tidak menghantar pelajar.



Ikhtiar hidup(memanggang ikan keli)



Menangkap ikan keli



Kawad Ikan Keli






Kawad Ikan Keli , diperkenalkan oleh Kapt Zaki





Chief Ikan keli melapOr





Ujian Kecergasan(angkat beban)


Sijil disampaikan oleh Tuan KS Kolonel KRS Tuan Haji Mohd Idris
diiringi Pengelola KRS negeri Perak Mejar Meor Mohd
Roslan dan PT KRS Perak Major KRS Mohd Ali


Seramai 56 pelajar lelaki dan perempuan telah mendapat pangkat Pegawai Waran. Salah seorang daripada mereka ialah saya iaitu satu-satunya wakil daripada SMK Anderson Ipoh.


Barisan Pegawai Waran 2009 (saya no.7 dari kanan)










Pegawai Waran KRS,Perak 2009Barisan Pegawai Waran I & II KRS 2009